Dr Noor Hisham kesal sikap pemandu penting diri, tidak beri laluan kepada ambulans

0
1

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan rasa kesal selain tidak menyangka masih ada pemandu yang enggan memberi laluan kepada ambulans.

Dr Noor Hisham berkongsikan satu video daripada Dashcam Owner Malaysia di Facebook, yang memaparkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V menghalang laluan ambulans walaupun siren telah lama dibunyikan.

Menerusi video itu, individu tersebut dilihat mempunyai banyak kali peluang untuk masuk ke laluan kiri jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans di belakangnya, namun pemandu berkenaan tersebut dilihat tetap ‘berkeras’ memandu di lorong laluannya.

Justeru, Dr Noor Hisham yang juga melihat video terbabit turut meluahkan kekesalan terhadap tindakan pemandu itu.

“Astaghfirullah masih ada pemandu yang pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak ambulans walaupun siren ambulans sudah lama dibunyikan di belakang kereta ini,” katanya menerusi Facebook.

Video itu mendapat perhatian ramai pihak, dengan rata-ratanya kecewa dan marah dengan pemandu CR-V itu yang didakwa langsung tidak menghiraukan situasi kecemasan tersebut.

Ayeen Abdul Rahim berkata: “Harap Polis Diraja Malaysia ambil tindakan. Terima kasih berikan kesedaran.

Ali Iman pula berkata: “Perkara begini perlu tindakan yang tegas dan hukuman yang berat.”

Deja Zawawi berkata:” Tolong ambil tindakan. No plate dah terang lagi bersuluh. Kenapa masih nak pentingkan diri sendiri, bunyi siren dah diberi kenapa susah sangat nak beri laluan kepada ambulans? Geram pulak rasanya.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here