RON95 di Malaysia lebih murah daripada Arab Saudi – Ahmad Maslan

0
1

KETIKA harga minyak dunia masih tidak menentu, rakyat Malaysia masih lagi mampu membeli harga petrol yang murah dan munasabah sebagai bahan api kenderaan mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu hantaran Facebook yang berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM30 bilion untuk memastikan harga minyak RON95 turun dan dijual dengan harga RM2.05 seliter.

“Tahniah Kerajaan turunkan harga minyak RON95 kepada rm2.05 seliter paling murah di rantau ini dan lebih murah daripada pengeluar utama minyak dunia Arab Saudi

“Kerajaan berbelanja RM30,000,000,000 juta (RM30 ribu juta atau RM30 bilion) untuk subsidi menurun harga minyak bagi tahun 2022 ini. Hebat,” katanya.

Harga minyak bagi minyak RON 95, RON 97 and diesel akan dikemaskini pada setiap petang Rabu dan digunapakai bermula Khamis 12 tengah malam hingga minggu berikutnya (Rabu 11:59 malam).

Berikut adalah harga minyak bagi minggu ini, RON 95: RM2.05 (tiada perubahan). Manakala bagi RON 97: RM4.31 (+RM0.37).

Sementara itu, diesel dijual pada harga RM2.15 seliter. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here