Hubungan Umno-PAS ibarat ‘pinggan retak seribu’ – Mahfuz

0
1

PINGGAN retak seribu, itulah gambaran yang diberikan Datuk Mahfuz Omar terhadap hubungan Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

Naib Presiden Amanah itu, berkata meskipun MN sudah menjangkau usia hampir tiga tahun, namun kedua-dua parti tersebut tidak berjaya mengukuhkan hubungan mereka, sebaliknya hanya retak menanti belah.

Menurutnya, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.

“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.

“Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Neliau berkata demikian ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di Pokok Sena, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama Umno sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.

“Bagi saya, PAS adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.

“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan PAS, Umno semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here