Hishammuddin sedih, rakam takziah kepada rakyat UEA

0
1

DATUK Seri Hishammuddin Hussein mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas pemergian Presiden Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Kanan Pertahanan itu menzahirkan rasa sedih apabila mendapat berita kematian pemimpin itu.

“Sedih mendengar pemergian HH Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan. Seorang berwawasan sejati yang meninggalkan legasi yang hebat.

“Salam takziah kepada keluarga dan rakyat UAE. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan abadi kepadanya,” ciapnya.

Sheikh Khalifa dilantik sebagai presiden kedua UAE pada 2004, menggantikan bapanya dan pengasas UAE Sheikh Zayed al Nahyan.

Dilahirkan pada 1948 di timur Abu Dhabi, Sheikh Khalifa adalah anak sulung Sheikh Zayed.

Sebelum peranannya sebagai presiden, beliau adalah Putera Mahkota Abu Dhabi dan mengetuai Majlis Petroleum Tertinggi Abu Dhabi, yang merangka dasar minyak.

Sebagai presiden, beliau mengetuai salah satu dana pelaburan terbesar di dunia, Abu Dhabi Investment Authority, menguruskan ratusan bilion dolar aset syarikat.

Salah satu bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, mengambil namanya selepas kerajaan UAE menyelamatkan Dubai daripada hutangnya, dan sebagai peminat sukan beliau menyokong pengambilalihan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester City. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here