Nahas 5 rentung: Pemandu treler ada rekod kesalahan jalan raya

0
1

HASIL semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi sistem mySIKAP mendapati pemandu treler yang terlibat nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, mempunyai beberapa rekod kesalahan jalan raya.

JPJ dalam kenyataan berkata, pemandu treler itu mempunyai lapan rekod kesalahan yang telah selesai dan satu rekod kesalahan masih aktif dengan12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

“Jumlah mata demerit yang dikumpul akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

“JPJ ingin menegaskan bahawa usaha JPJ termasuk pelaksanaan Larangan Kenderaan Barangan (Road Ban) sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 lalu adalah bermatlamat untuk memastikan nahas seperti ini dapat dielakkan sekaligus menurunkan kadar kemalangan di Malaysia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, JPJ berkata tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan di Malaysia.

Katanya, tindakan siasatan di bawah audit Tata amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan2010 (ICOP) bersama-sama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang dilaksanakan untuk menentukan bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil.

Dalam masa sama, sekiranya hasil siasatan daripada ICOP mendapati pemandu dan pengendali gagal mematuhi syarat dan permit perkhidmatan oleh APAD dan JPJ, Permit dan Lesen Pengendali boleh digantung atau dibatalkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Manakala, tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekiranya pemandu dituduh di mahkamah.

“Selain itu, siasatan PDRM juga akan menentukan sabitan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta 333 APJ, kepada pemandu terbabit untuk hukuman Mahkamah serta, pemandu terbabit juga akan hilangkelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh yang ditentukan Mahkamah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here