MYAirline bakal dilancar tak lama lagi, netizen teruja

0
1

BARU-baru ini tular di media sosial ‘wajah’ pesawat syarikat penerbangan tambang murah yang baharu, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Dilaporkan syarikat penerbangan tersebut bakal dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.

Susulan itu netizen begitu teruja dan berharap agar kehadiran MYAirline akan mewujudkan persaingan sihat antara syarikat penerbangan sedia ada, khususnya dalam menawarkan tambang pada harga murah.

Mereka juga berharap agar MYAirline dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti dan memuaskan, dengan membandingkan dengan isu kelewatan pesawat AirAsia ketika musim perayaan baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini, MYAirline memaklumkan pihaknya akan mengumumkan tarikh pelancaran rasminya tidak lama lagi.

“Kami akan umumkan tarikh pelancaran kami sebaik sahaja bersedia, harapnya tidak lama lagi. Terima kasih atas maklum balas anda dan kami pasti akan melakukan yang terbaik,” tulis hantaran itu.

Pesawat terbang MYAirline pada waktu malam.

Januari lalu, The Edge melaporkan penubuhan syarikat berkenaan bakal mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain iaitu AirAsia Group Bhd.

Menurut laporan tersebut, syarikat itu sebelum itu didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd, telah diberi kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 22 Disember tahun lalu.

“Lesen itu sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

“ASL membolehkan pemegang lesen menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here