TEMASYA sukan terbesar Asia Tenggara – Sukan SEA bakal kembali ke Malaysia.
Perkembangan itu disahkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebooknya rasminya sebentar tadi.
“Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) sebulat suara menganugerahkan penganjuran Sukan SEA ke-34 pada 2027 kepada MOM,” tulis hantaran tersebut.
Kali terakhir menganjurkan temasya sukan dwi-tahunan itu ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Awal tahun ini, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata Malaysia berminat membawa Sukan SEA kembali ke negara ini pada 2027.
Menurutnya, Malaysia menerima tawaran daripada SEAGF selepas Brunei yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-34 temasya menarik diri. – Malaysiapost

