LZS santuni ibu sara dua anak OKU terlantar

0
1

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang ibu yang menyara empat orang anak  yang mana dua daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Kisah Zatul Akma Muhd Zin, 37, yang mendapat liputan akhbar tempatan baru-baru ini merupakan salah seorang asnaf yang mendapat bantuan daripada LZS sejak Disember 2021.

“Alhamdulillah, Puan Zaitulakma menerima Bantuan Ramadan dan Hari Raya, Bantuan Kewangan Bulanan, Sewa Rumah Bulanan dan Perubatan bulanan untuk meringankan bebanan beliau sekeluarga

“Beliau masih menanggung empat orang anak yang mana dua orang masih bersekolah, manakala dua orang lagi adalah OKU (hanya seorang sahaja terlantar). Kedua-duanya menghidap masalah sakit kronik dan memerlukan bantuan perubatan,” kata LZS dalam hantaran Facebook hari ini.

Tular di media sosial.

Sementara itu, Zatul Akma memaklumkan LZS buat masa ini dia menerima bantuan dan tajaan keperluan ubat-ubatan selama dua tahun daripada sebuah syarikat farmaseutikal, BioMarin Pharmaceutical Inc.

Katanya, ubat-ubatan itu juga di import daripada Jerman dan kos rawatan yang sangat tinggi sehingga mencecah hampir RM2 juta. 

“Selain itu, tajaan tersebut bakal berakhir pada bulan Julai 2022 ini. 

“Menjadi kebimbangan di hati seorang ibu jika tiada bantuan perubatan disalurkan terutamanya melibatkan kos yang tinggi. Pihak kami masih menunggu anggaran kos perubatan daripada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” kata hantaran itu lagi.

LZS berkata, hasil semakan pihaknya dan pengesahan  daripada wanita itu sendiri mendapati Zatul Akma bukan seorang ibu tunggal serta masih tinggal bersama dengan suami dan anak-anak di Damansara Damai. 

Sebelum ini, tular kisah Zatul Akma memohon sumbangan orang ramai untuk membantunya mengumpul dana bagi tujuan rawatan perubatan anak-anaknya yang menderita pelbagai jenis penyakit.

Beliau rungsing memikirkan bagi mendapatkan dana perubatan mencecah jutaan ringgit buat anak keempat yang berusia enam tahun yang menghidapi penyakit saraf otak yang kronik.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank Bank Simpanan Nasional milik Zatul Akma bernombor 0510-7410-0004-5635. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here