Buang janin dalam mangkuk tandas, pasangan kekasih dicekup

0
1

POLIS menahan sepasang kekasih susulan penemuan janin lelaki cukup sifat yang disyaki dibuang dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di kawasan Danau Kota, Setapak pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, pasangan warga tempatan itu ditahan di perkarangan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah malam Rabu.

Menurutnya, lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 27 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan kes kini masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA LAGI: Pub, kelab malam dibenarkan beroperasi semula – KPKT 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Terdahulu media melaporkan janin lelaki cukup sifat disyaki dibuang dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di kawasan Danau Kota, Setapak ditemui kelmarin.

Polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 4.57 petang mengenai penemuan janin berkenaan yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan dan dibuang dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here