PINGAT emas kelapan skuad terjun negara diraih menerusi gandingan Datuk Pandelela Rinong bersama Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita, sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus menghadiahkan emas kesembilan Malaysia dalam temasya Sukan SEA Hanoi.
Gandingan dua atlet skuad terjun itu merangkul emas selepas menewaskan penerjun Singapura untuk perak dan penerjun Vietnam untuk gangsa.
Terdahulu Muhammad Syafiq Puteh menghadiahkan emas kelapan buat Malaysia menerusi acara 3 meter papan anjal lelaki.
Selain itu, skuad terjun turut menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen Malaysia hari ini menerusi Gabriel Gilbert Daim dalam acara 3 meter papan anjal lelaki apabila penerjun negara itu akur dengan kehebatan Muhammad Syafiq. – Malaysiapost

