MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir yang berlaku pada Sabtu dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia berharap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu akan diheret ke muka pengadilan.
“Malaysia merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada waris tentera yang terkorban.
“Malaysia turut menolak sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu media melaporkan sekurang-kurangnya 11 tentera termasuk seorang pegawai terbunuh selepas pengganas menyerang kemudahan pengepaman air di Semenanjung Sinai. – Malaysiapost

