Briged Tengah PGA rampas rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2 juta

0
1

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Cheras berjaya merampas 8,207 karton rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai dalam satu serbuan di taman perumahan di kawasan Kepong Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Komander Briged Tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit, berkata serbuan jam 11 pagi itu turut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

Menurutnya, selain rokok pelbagai jenama, serbuan juga merampas telefon bimbit dan sebuah kenderaan yang disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai.

“Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM2,022,632.

“Serbuan ini berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA LAGI: Kes cukai LHDN: Najib, anak dibenar merayu di Mahkamah Persekutuan

Beliau berkata, sindiket berkenaan dikesan menjadikan kediaman yang disewa di kawasan taman perumahan sebagai stor penyimpanan rokok.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here