Sultan Johor Zahir rasa bangga terhadap Florence Tan

0
1

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak kelahiran Johor,  Florence Tan yang menempa nama di luar negara.

Anak kelahiran Muar, dari sebuah perkampungan nelayan itu, kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), berpangkalan di Amerika Syarikat. 

“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini hingga menempa nama di luar negara.

“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor diperingkat antarabangsa,” titahnya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, hari ini.

Baginda bertitah, pencapaian anak kelahiran Johor itu juga akan menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan diperingkat dunia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here