Netizen puji sikap ‘gentleman’ Sharnaaz ucap Hari Ibu kepada bekas isteri

0
1

MESKIPUN tidak lagi mempunyai ikatan suami isteri, pelakon popular Sharnaaz Ahmad tidak terkecuali untuk menzahirkan ucapan hari ibu kepada bekas isterinya, Noor Nabila sempena sambutan Hari Ibu, hari ini.

Sharnaaz, 37, telah berkongsi ucapan itu dengan netizen di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa penghargaan kepada Nabila kerana menjadi ibu terbaik kepada anak mereka berdua, Jebat Jayden Ahmad.

“Happy Mother’s Day to mummy @noornabila … terima kasih jadi mama yang hebat dan garang untuk Jebat Jayden Ahmad.

“Jebat ada mummy yang sangat penyayang, cuma akan bertukar menjadi raksasa yang ganas kalau Jebat buat perangai pak (dirinya) dia..

“Semoga you happy, sihat dan bahagia dengan keluarga dan suami,” tulis pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu.

Sharnaaz dan Nabila telah sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan setelah melayari alam rumah tangga sejak diijabkabulkan pada 31 Mac 2017.

Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa kemudiannya bertemu jodoh dengan Engku Emran setahun kemudian.

Dalam pada itu, Sharnaaz seolah-olah berseloroh menyatakan kini dia sedang dalam pemilihan untuk mencari calon isteri sekali gus dapat menjadi ‘ibu baru’ kepada Jebat.

“Pemilihan calon mak baru kini dibuka.. sila bertenang,” usiknya yang mesra disapa sebagai Mamu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya turut terhibur apabila membaca kapsyen tersebut selain mendoakan agar Sharnaaz kembali menemui jodoh tidak lama lagi.

Malah netizen memuji sikap ‘gentleman’ Sharnaaz yang tetap memelihara perhubungan baik dengan bekas isteri walaupun telah berpisah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here