‘Bebaskan aku’ lagu baharu Yasin di sebalik tirai besi

0
1

WALAUPUN kini berada di sebalik tirai besi, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menulis lirik lagu dengan tema ‘bebaskan aku’.

Lirik lagu ciptaannya itu dikongsi menerusi laman Instagram milik Yasin, 46, hari ini.

Yasin yang juga komposer berdepan tuduhan mengedar dadah jenis kanabis, April lalu.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh.

“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” tulis hantaran itu.

Bait lirik berkenaan dimulai dengan frasa ‘bebaskan aku’, seperti menggambarkan rasa hati pelantun lagu Mimpi Laila itu meminta dibebaskan dari penjara.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” demikian antara lirik yang ditulis Yasin dalam lagunya.

Dalam masa sama, turut disertakan kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya hasil nukilan Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buloh.

Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Yasin didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di Petaling Jaya atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama.

Penyanyi itu didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara terus atau secara tidak langsung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here