PENYANYI muda, Reedzwann tidak dapat menahan rasa pilu apabila mengetahui pusara arwah ayahanda tersayang ‘hilang’ ketika menziarahi kawasan perkuburan itu, semalam.
Menerusi hantaran di InstaStory, pemilik nama sebenar Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 22, memaklumkan dia terkejut dengan apa yang berlaku.
“Saya baru sampai Perak… saya nak tengok kubur abah. Lepas itu saya tengok kubur abah dah tak ada. Batu nisan pun mereka susun tepi macam itu saja.
“Kalau mereka nak tambak pun sekurang-kurangnya beritahu ahli keluarga dulu. Ini tak tahu cerita apa-apa, tiba-tiba kubur hilang,” katanya dalam hantaran itu.
Bagaimanapun, pelantun lagu Cinta Pandang Pertama itu tidak menyatakan lebih lanjut lokasi tanah perkuburan tersebut.
BACA LAGI: Shuib niat tak nak sambut raya
Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak masjid tidak memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarga sebelum mengambil keputusan menambak kawasan perkuburan itu.
“Pihak masjid tak beritahu apa-apa pun… tahu-tahu kubur abah dah tak ada. Lepas itu, mereka longgok semua batu nisan dekat tepi,” katanya. – Malaysiapost

