Zii Jia juara BAC

0
1

JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia muncul juara baharu kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina, hari ini.  

Zii Jia, 24, menewaskan pemain kelapan dunia dari Indonesia, Jonathan Christie dengan kemenangan 21-17, 23-21 pada aksi final di Komplek Sukan Muntinlupa sebentar tadi.

Walaupun diasak sengit oleh Christie tetapi kejayaan tetap menjadi milik Zii Jia disebabkan beberapa kesilapan individu dilakukan pemain lawan dalam pertarungan yang memakan masa selama 45 minit.

Ia menyaksikan pemain dari Alor Setar, Kedah itu berjaya mengulangi kejayaan yang pernah dilakar legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika menjuarai edisi 2016 di Wuhan, China.

Dalam masa sama, kejayaan Zii Jia juga sedikit sebanyak menebus kekecewaan kem badminton negara ke atas Indonesia selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan pada final beregu lelaki.

Pastinya gelaran sebagai juara Asia ini menjadi tonik terbaik buat Zii Jia dalam kempen Malaysia merampas Piala Thomas di Bangkok, Thailand bermula 8 hingga 15 Mei ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here