Najib ‘panas hati’ Kit Siang petik nama Tun Razak

0
2

DATUK Seri Najib Razak menyelar tindakan Lim Kit Siang, memetik nama Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein berhubung kes perjanjian pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan, Altantuya Shaariibuu.

Najib berkata demikian susulan kenyataan Kit Siang bahawa Najib akan menjadi pengkhianatan kepada legasi integriti Tun Razak, sekiranya nama Malaysia tidak dibersihkan daripada terus dikenali sebagai sebuah kleptokrasi.

Najib berkata, Veteren DAP tersebut berbuat demikian kerana tidak berpuas hati selepas beliau masih tidak didakwa walaupun siasatan kes itu dilakukan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Busuk hati betul perangai Uncle (Lim Kit Siang) ni nak petik nama Allahyarham ayahanda saya hanya sebab dia mahu kenakan saya masa kita nak raya.

“Dia sendiri sedar bahawa kedua-dua isu kapal selam dan Altantuya telah disiasat ketika kerajaan PH memerintah. Masa itu saya juga seru beberapa kali untuk kerajaan PH siasat sepuas-puasnya supaya nama saya boleh dibersihkan dari propaganda lebih 10 tahun dibuat PH dan Kit Siang.

BACA LAGI: “Mungkin PAS lebih selesa nak berkawan dengan ular, biawak dan monyet” – Salahuddin

“Akhirnya kerajaan PH tak dapat cari apa-apa bukti bahawa saya terlibat,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, alasan Kit Siang menyatakan dirinya tidak mengetahui mengenai siasatan kes berkenaan, dan mahu siasatan dilakukan semula tidak munasabah.

“Tapi hanya sebab Kit Siang kata dia tidak dimaklumkan oleh kerajaan PH masa itu tentang kedua-dua siasatan tersebut, dia pun suruh pula kerajaan siasat semula.

“Alasan yang sangat bodoh. Kalau tak tahu atau tidak dimaklumkan, tanyalah anak kamu (Lim Guan Eng) yang berada dalam kerajaan PH masa itu.

“Kedua-dua isu ini sudah dimainkan korang lebih 10 tahun. Sudah basi dan sudah disiasat banyak kali. Berapa kali lagi kamu mahu siasat?,” katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta Kit Siang untuk berhenti melakukan provoksi yang sama dan mencari isu atau permasalahan lain yang lebih penting.

“Ada isu baharu tak, Uncle? Kenapa kamu tak mahu suruh siasat kes taikun yang terjun bangunan sebulan sebelum dijadualkan memberi keterangan sebagai saksi utama kes terowong anak kamu dalam mahkamah tahun lepas,” katanya.

Baru-baru ini, Kit Siang juga mencadangkan agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan soal siasat kepada dua bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Ia susulan tindakan pihak berkuasa Perancis melancarkan siasatan rasmi terhadap Thales Group berhubung penjualan dua kapal selam tentera laut pada 2002 kepada Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here