PENGHUJUNG Ramadan kali ini muncul pula video muzik Datuk Seri Vida yang turut mengundang kecaman warga maya.
Selepas usahawan Datuk Aliff Syukri mencetuskan video muzik kontroversi sehingga dituduh sengaja ingin ‘memondan’, rakan baiknya Datuk Vida pula tampil dengan muzik video yang menampilkan golongan lelaki berpakaian wanita atau ‘drag queen’.
Muzik Video berjudul Muah Muah Raya itu mendapat kecaman hebat daripada netizen dan rata-rata menempelak video terbabit tidak sesuai ditayangkan pada penghujung Ramadan yang merupakan bulan suci bagi umat Islam.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang menyokong dan menyukai nyanyian Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang dianggap ‘catchy’.
Apa nak jadi, kita semua dah ‘senja’…masih dengan dunia tipu-tipu ni. Apa yang di cari sebenarnya. Allahuakbar,” tulis @nor_azah_md_idris.
“Bulan puasa ini patutnya berlumba-lumba buat benda baik. Ni tebalik,” komen @zalinaudin.
“Kesian juga tengok orang yang banyak duit kan. Duit ada, sensitiviti agama tolak tepi. Nanti keluar cerita sedih ‘throwback’ kisah lama. Lepas itu minta maaf, ulang sampai kiamat,” kata @arfiey_syafme.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di Youtube, rata-rata pendengar menyukai karya ciptaan Amy Ukays dan Vida sendiri yang disifatkan lain daripada lain.
Menyedihkan lagi, apabila Vida turut diselar sengaja mempromosikan LGBT dengan menampilkan penari-penari ‘draq queen’.
Nasib Vida dilihat sama dengan Aliff yang turut menampilkan penari lelaki yang memakai alat solek dan berpakaian menampakkan lengan. – Malaysiapost

