Polis buru lelaki onani

0
2

SEORANG lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu beronani di belakang sebuah rumah di Seksyen 23 Shah Alam, dan kini diburu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian itu tular menerusi video berdurasi satu minit 19 saat di laman Twitter yang diimuat naik oleh pengguna bernama Bangbunn.

Menurutnya, satu laporan diterima daripada pengadu iaitu seorang wanita.

“Mangsa yang bekerja sebagai akauntan dan mempunyai suami serta seorang anak perempuan yang menghuni rumah berkenaan telah membuat laporan polis pada 27 April 2022 di Balai Polis Sri Muda setelah mengetahui kegiatan tidak bermoral tersebut melalui jirannya.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan umpil untuk pecah masuk ke rumah pengadu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek yang disyaki bukan warga tempatan berikutan rakaman CCTV hitam putih,” katanya.

BACA LAGI: Polis cari pemandu Myvi masuk lorong motosikal

Mohd Iqbal berkata, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

“Tindakan masih diteruskan bagi mengesan suspek berkenaan.

“Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sin Shamsul Azeerin (012-9802652.03 55202222) bagi membantu siasatan,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here