“Mungkin PAS lebih selesa nak berkawan dengan ular, biawak dan monyet” – Salahuddin

0
1

PAKATAN Harapan (PH) tiada masalah sekiranya PAS enggan turut serta dalam kerjasama ‘khemah besar’ gabungan parti pembangkang itu bagi memastikan situasi satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini kerana PAS mungkin tidak selesa berada di dalam ‘khemah besar’ pakatan pembangkang.

Sebaliknya, katanya, PAS mungkin lebih selesa berada di dalam hutan rimba dan berkawan dengan ular, biawak dan monyet.

“Biarlah PAS, kalau dia tidak mahu. Mungkin PAS lebih selesa nak berkawan dengan ular, biawak dan monyet.

“PAS tak selesa dalam khemah. Mungkin dia minat di hutan rimba,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Salahuddin yang juga merupakan timbalan presiden Amanah itu berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menyertai ‘khemah besar’ PH kerana ada ‘tikus dan kucing’.

Semalam, media melaporkan Abdul Hadi semalam menyindir idea kerjasama ‘khemah besar’ PH dan menegaskan PAS tidak akan menyertainya tetapi akan mempertahankan agenda ‘perpaduan ummah’ dengan parti-parti besar orang Islam iaitu Bersatu dan Umno.

Selain itu, katanya, mereka juga akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here