AHLI Parlimen Pulai, Datuk Salahuddin Ayub meminta kerajaan Johor pertimbang untuk mengumumkan Isnin ini bersamaan 2 Mei sebagau cuti peristiwa di negeri itu.
Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah itu, ia akan memudahkan urusan perjalanan penduduk Johor sempena Aidilfitri yang bakal diraikan pada Selasa, 3 Mei 2022.
Johor akan bercuti umum pada Ahad ini sempena Hari Pekerja.
Namun berbanding negeri lain yang sememangnya hari cuti hujung minggu pada Ahad, akan menerima cuti ganti pada Isnin tetapi tidak bagi Johor.
“Saya harap Menteri Besar Johor pertimbangkan umumkan cuti peristiwa di Johor pada hari Isnin 2 Mei 2022.
“Permudahkan urusan perjalanan rakyat bersempena Aidilfitri tahun ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Tarikh melihat anak bulan di Malaysia ialah pada Ahad ini dan umat Islam dijangka meraikan Aidilfitri pada Selasa. – Malaysiapost

