Mahkamah Tinggi tangguh kes mangsa vaksin

0
2

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur semalam menangguhkan permohonan bagi pemfailan perintah ‘ex parte award’ bagi pihak mangsa terkesan vaksin dan dos penggalak.

Puluhan wakil media berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapat maklum balas peguam bela, Mohamad Zainuddin Abu Bakar berhubung perkara itu.

Mohamad Zainuddin berkata pihaknya membuat permohonan di Mahkamah Timbang Tara oleh enam penuntut iaitu dua meninggal dunia, dua kesan sampingan serius dan dua lagi dibuang kerja.

Katanya, permohonan ex-parte bertarikh 18 Februari adalah untuk tindakan sivil liabiliti, criminal liabiliti dan semakan kehakiman.

“Mahkamah Timbang Tara membenarkan tiga permohonan ex-parte ini di mana tiga ex-parte award dikeluarkan oleh Mahkamah Timbang Tara iaitu ex-parte award atas merit bagi sivil liabiliti untuk dibawa dan di daftarkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

BACA LAGI: Covid-19: Kes kematian kekal satu angka

“Dan ex-parte award atas merit untum semakan kehakiman dibawa dan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini (semalam),” katanya.

Namun katanya, pihak mahkamah menangguhkannya dengan alasan terdapat satu kes di Mahkamah Syariah sebelum ini yang tidak terima semakan kehakiman.

“Sehubungan itu, alasan sama juga digunapakai di Mahkamah Timbang Tara.

“Kami cuba buat semakan semula adakah ‘ judicial review’ ini terpakai di Mahkamah Timbang Tara kerana mengikut kefahaman kami tidak perlu.

“Aneh juga wakil pejabat Peguam Negara turut diminta hadir,” katanya.

Terdahulu, Zainuddin mewakili dua mangsa yang meninggal dunia, dua mangsa lumpuh dan dua lagi dibuang kerja berkait dengan vaksin.

Menurut kenyataannya, anak guamnya berjaya mendapat kelayakan dan merit dari segi undang-undang dan fakta untuk tindakan sivil ke atas responden.

Antara responden yang dinamakan adalah mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri sedia ada, kementerian berkaitan, WHO dan syarikat pembuat vaksin dan dos penggalak.

Kesemua kes sudah difailkan di Mahkamah Antarabangsa ICJ the Haque Netherlandsm

Tambah beliau, perintah ex parte award Timbang Tara Jenayah telah difailkan di Mahkamah ICJ.

Semakan kehakiman diperlukan untuk menghentikan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah menjadi dasar kerajaan menguatkuasakan melalui semua saluran undang-undang yang telah menyebabkan banyak kematian kesan sampingan dan diskriminasi yang zalim.

Mengulas lanjut, dari segi tindakan sivil, tindakan saman, iaitu untuk pampasan ganti rugi, kerana mati selepas suntikan vaksin, atau jadi lumpuh atau sakit, kemudian menolak vaksin kena buang kerja pula, kita dapati ada merit untuk bawa ke ICJ.

Menjadikan, menyebabkan orang mati tanpa hak, secara penipuan, kata melindung diri, tetapi mematikan, tiada jaminan selamat.

“Untuk tindakan sivil liabiliti, jumlah tuntutan adalah RM50 hingga RM60 juta.

“Criminal liabiliti ini adalah tindakan jenayah, supaya responden di penjara seumur hidup, ini termasuklah kerajaan, kementerian dan syarikat swasta yang terlibat kena bayar gantirugi tauladan,” katanya.

Mahkamah bertanya samada semakan kehakiman ini mempunyai asas, Peguambela bersama tuntutan itu, Ahmad Jufliz menyatakan selain daripada kematian, kesan AEFI dan diskriminasi pekerjaan yang berlaku ke atas anak guam mereka, borang persetujuan vaksin COVID-19 adalah salah dan tidak berperlembagaan.

“Ramai yang ambil vaksin bukan kerana sukarela tetapi tidak diberikan maklumat yang tepat dan termaklum(informed consent) berkenaan risiko dan manfaat berkenaan vaksin yang menyebabkan ramai ambil vaksin tanpa mengetahui risikonya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here