PGA rampas rokok tidak bercukai

0
1

BATALION 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor berjaya merampas 2,220 karton rokok tidak bercukai pelbagai jenama dalam satu serbuan di Taman Sri Permai, Kluang, Johor semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang, berkata dalam serbuan jam 2 petang itu pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 32 tahun yang sedang sibuk memunggah rokok tidak bercukai berkenaan.

“Semasa serbuan dijalankan kedua-dua suspek sedang sibuk memunggah bungkusan besar yang dipercayai rokok tidak bercukai dari kenderaan jenis Toyota Harrier dan Lexus RX 270 ke dalam premis yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan.

“Rokok tidak bercukai itu dipercayai untuk diagihkan di kawasan sekitar Kluang dan hasil siasatan suspek mengaku baru sahaja beroperasi selama temoih tiga bulan serta bekalan rokok diperoleh melalui negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk dua kenderaan terbabit adalah sebanyak RM782,921.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

“Kejayaan tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu kegiatan pengedaran rokok tidak bercukai disekitar daerah Kluang,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Maklumat boleh disalurkan melalui talian Hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here