Pelanggan Maybank panik, baki akaun tinggal kosong

0
1

RUANGAN komen di Facebook Maybank hari ini dibanjiri maklum balas dari pelanggan apabila wang akaun simpanan mereka di institusi perbankan berkenaan menjadi kosong.

Rata-rata mereka cemas dan terkejut dengan situasi terbabit selepas semakan dilakukan melalui aplikasi dalam talian bank itu pada pagi ini mendapati baki akaun masing-masing kosong.

Hamiza Man berkata:“Seem like nak luruh jantung ku bila tengok baki RM0.00 kat akaun.”

Catherine Alek berkata:” Saya rasa panik dan risau. Hampir pengsan sebentar tadi bila semak baki akaun tinggal RM0.00.

Saidatul Indaha pula berkata:“Ya Allah, boleh sakit jantung tiba tiba buka akaun RM0.00 tau.”

BACA LAGI: Duit di akaun bank lesap selepas ‘upload’ aplikasi khidmat bersih rumah

Mohamad Lufti Azimi berkata:” Saya hampir diserang jantung bila lihat akaun tiba-tiba jadi RM0.00, sepatutnya Maybank info awal, jadi tak adalah orang ramai terkejut.

Justeru, pelanggan Maybank turut memohon pihak berkenaan untuk sentiasa mengawasi aplikasi itu dan menaik taraf sistem Maybank2U agar perkara ini tidak kerap berulang.

Sementara itu, Maybank menerusi Facebook memaklumkan semua aplikasi perbankan dalam taliannya sedang mengalami pengaksesan yang perlahan ketika ini.

Maybank turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan pihaknya sedang menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

“Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here