Jumlah kes kematian Covid-19 terus menurun.

0
1

SEBANYAK lapan kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dan tiada kes kematian di luar hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan sebanyak 4,006 kes Covid-19 baharu yang 3,999 penularan tempatan dan tujuh kes import dilaporkan setakat jam 12 tengah malam tadi.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 35,499 kes.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu dua kes, diikuti Johor, Melaka, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 74,752 kes aktif dilaporkan, termasuk 98 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 61 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 10,223 kes sembuh turut dilaporkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here