Tidak adil tahan pelarian Rohingya bertahun-tahun – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

TIDAK adil dan tidak munasabah untuk Malaysia membiarkan etnik Rohingya ditahan bertahun-tahun lamanya, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dari segi kemanusiaan, kerajaan perlu buat sesuatu bagi golongan itu sekiranya Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan lain-lain negara masih tidak mahu mengambil mereka.

“Kerajaan terus menanggung kos yang tinggi untuk mengawal mereka dalam depot-depot tahanan.

“Sama ada tingkatkan usaha diplomasi untuk tempatkan mereka ke luar negara secepat mungkin ataupun beri peluang bagi mereka sumbang kepada ekonomi kita secara sementara sebelum mengambil pekerja asing dari negara lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang mengatakan Malaysia menahan selama dua tahun dan tidak boleh menghantar pelarian Rohingya ke Myanmar kerana kerajaan negara itu tidak mengiktiraf etnik berkenaan sebagai warganegara.

BACA LAGI: 528 tahanan etnik Rohingya di Depot Sungai Bakap lolos – JIM

Rabu lalu seramai 528 tahanan etnik Rohingya di Depoh Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap meloloskan diri, selepas berlaku rusuhan.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, enam daripada mereka maut selepas dirempuh kenderaan di KM168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada jam 6.50 pagi dan sebahagian besar sudah berjaya ditahan semula. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here