Pesakit di wad boleh terima pelawat mulai esok

0
3
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

BERKUAT kuasa esok, Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan pesakit di wad untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

Menurut perkongsian KKM di laman Facebooknya, tatacara pelaksanaan arahan itu tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.

“Bagaimanapun KKM menekankan dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan adalah tinggi seperti berlakunya wabak Covid-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua,” tulis KKM.

Kriteria umum bagi pelawat yang dikongsi menerusi infografik dimuat naik pada hantaran sama antaranya, mestilah berumur 12 tahun ke atas dan telah lengkap vaksinasi Covid-19.

Selain itu, tidak disyaki menghidap Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS), tidak bergejala serta mematuhi prosedur operasi ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here