1 Mei tarikh lihat anak bulan Syawal

0
2

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh bagi melihat anak bulan Syawal pada petang Ahad, 1 Mei 2022 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah.

Perkara itu dimaklumkan bagi mematuhi peraturan menetapkan tarikh hari raya Aidilfitri, bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

“Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan hari ini.

Justeru, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari 1 Mei 2022 di 29 lokasi terpilih. – Malaysiapost

Berikut merupakan 29 lokasi tersebut:

Johor : Pontian Kecil, Johor

Melaka : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

Negeri Sembilan :Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Selangor : Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

Perak : Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan

Pulau Pinang : Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

Kedah : Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman; Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Terengganu : Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

Kelantan : Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

Pahang : Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

Kuala Lumpur : Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Putrajaya : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

Perlis : Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Labuan : Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Sarawak : Pusat Falak Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak

Sabah : Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here