PERSATUAN Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menggesa supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara mengambil alih tugas penguatkuasa di Depo Imigresen.
Presidennya, Che Hassan Che Johan, berkata perkara itu penting kerana sudah berapa kali kejadian tahanan di Depo Imigresen meloloskan diri serta mengelak kejadian sama berulang.
Beliau berkata, insiden ratusan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depoh Tahanan Imigresen Sementara di Relau, Kedah yang meloloskan hari ini memerlukan perhatian sewajarnya.
“Sedarkah MDN (Menteri Dalam Negeri) Isu ini tidak ada kesudahanannya. Bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal diberi pada setiap kejadian (tahanan lolos).
“PATI berkenaan dari perbagai negara dan later belakang, bahaya menanti untuk rakyat kita,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata kumpulan tahanan itu bertindak memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang sebelum melarikan diri kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Katanya, setakat jam 10 pagi tadi, seramai 362 tahanan berjaya ditahan semula dan gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan. – Malaysiapost

