Cubaan seleweng 130,000 liter diesel digagalkan

0
2

CUBAAN menyeleweng 130,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM279,500 berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Sarawak dengan penahanan sebuah kapal kargo di perairan Durin, Sungai Batang Rajang, Sibu, semalam.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis Zulfikar Mohd Ghazali, berkata seorang pegawai dan tiga anggota Unit Risikan PPM Wilayah 5 telah menahan sebuah kapal kargo yang mencurigakan pada jam 7.30 pagi.

Kapal kargo yang membawa 130,000 liter diesel.

Menurutnya, hasil soal siasat awal yang dijalankan terhadap juragan kapal berkenaan yang juga seorang lelaki tempatan, telah mengaku membawa dan menyimpan stok muatan minyak diesel di dalam bahagian dek kapal terbabit.

“Juragan tersebut gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki atau membawa diesel terbabit dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu.

“Seorang lagi kru kapal yang juga lelaki 48 tahun turut ditahan. Nilai kesemua rampasan termasuk kapal kargo, minyak diesel dan peralatan-peralatan yang digunakan dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: PDRM, Jabatan Penjara perlu ambil alih kawal depo tahanan Imigresan

Beliau berkata, kedua-dua suspek berserta barangan yang dirampas kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here