Artis lelaki ditahan pukul bekas isteri

0
1
Polis Di Raja Malaysia

SEORANG artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan tanah air ditahan hari ini kerana dipercayai memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada jam 2.29 petang.

Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, susulan itu, pihaknya menahan lelaki terbabit di kediamannya, hari ini.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif. 

Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman dan kes  disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here