16 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan

0
1

SEBANYAK 16 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan meningkat kepada 35,437 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, empat daripada 16 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Selain itu, seramai 93,901 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 282 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 2,308 kes dirawat di hospital dan 110 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here