‘Semoga Allah SWT lindungi awak dunia akhirat Bella’ – Che’ Puan Besar Khaleeda

0
1

ISTERI Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam terus menzahirkan rasa sedih terhadap nasib remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down, Bella yang menjadi mangsa dera.

Menerusi hantaran di InstaStorynya, Che’ Puan Besar Khaleeda memuatnaik tangkap layar video tular keadaan Bella yang sedang menerima rawatan di hospital, serta turut mendoakan Allah SWT melindungi kanak-kanak istimewa itu.

“Semoga Allah SWT lindungi awak dunia akhirat Adik Bella,” tulisnya ringkas dengan menyertakan emoji sedih dan ‘love’.

Terdahulu, dalam hantaran Instastory berasingan, Che’ Puan Besar Khaleeda selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor menegaskan pihaknya menentang sebarang bentuk penderaan kanak-kanak.

“Kami di Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor dengan ini menyatakan pendirian tegas kami dalam menentang sebarang bentuk penderaan kanak-kanak.

“Kenalpasti, halang dan laporkan kes dengan segera,” tulisnya.

Baru-baru ini, Che’ Puan Besar Khaleeda menyatakan kesediaan membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja OKU itu.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya.

Susulan itu, TMJ menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) untuk kes Bella.

Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here