Bukan sekadar membeli, Hasnuri tebar rasa cinta setiap hasil jualan

0
1

DARI alam percintaan, berumah tangga sehingga lah apa sahaja yang dilakukan mestilah menerap elemen percintaaan telah memberi pulangan yang berbaloi buat pasangan suami isteri ini.

Bukan sahaja cinta dan kasih sayang antara suami isteri kian mekar, tapi konsep percintaan mereka berdua telah mencipta jenama yang menjual pelbagai rangkaian pakaian serta keperluan harian termasuk baju kurung, baju Melayu, Kurta, pakaian kanak-kanak, tudung, telekung, baju kurung dan kerongsang.

Hasnuri itulah gabungan nama yang menjadi jenama pakaian milik pasangan suami isteri Mohd Hasbhllah Awang@Hassan dan isterinya Nuriah Zakaria.

Has dan Nuri telah membentuk jenama terkemuka Hasnuri yang diusahakan mereka berdua sejak tahun 2014 atas konsep cinta kian bercambah jika elemen percintaan diterap setiap hari bersama-sama.

“Kami percaya setiap apa yang kita beli atau guna itu memberi nilai sentimental. Begitu juga cara kami menjalankan perniagaan dengan menyemarakkan rasa cinta.

“Macam anda melihat seseorang memakai kereta mewah dilihat hebat dan berkarisma. Begitu juga saat memakai jenama kami, timbul rasa kecintaan.

“Koleksi raya tahun ini kami mengenakan tema warna sedondon. Kalau belikan untuk ibu bapa atau seisi keluarga baju raya sedondon, seperti mengalir cinta dan kasih sayang kita kepada mereka,” kata Nuri.

Sementara itu, Has berkata, pengeluaran utama mereka lebih tertumpu kepada baju kurung.

Tahun lalu, mereka berjaya menjual lebih satu juta pasang baju kurung pasang siap.

“Kami tawarkan pakaian sedondon bagi merealisasikan budaya kerja dalam pasukan di pejabat dan sedondon bagi keluarga inginkan kebahagian dan kasih sayang dalam keluarga mereka. Boleh rujuk di pautan berikut https://hasnuri.my.

“Tahun ini, dengan raya bakal tiba, kami mahu sasarkan jualan lebih dua juta pasang pakaian. Kami juga ada tiga cawangan baharu di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru dan Kota Bahru, Kelantan.

“Hingga kini, kami ada 60,000 ‘dropship’ di seluruh negeri. Kami nak lahirkan 1,000 jutawan sebelum 2030. Kami juga mengalu-alukan anak muda dari usia 18 tahun ke atas untuk bekerja di Hasnuri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here