Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri petang ini

0
2
Kelihatan hujan lebat di Kuala Lumpur petang tadi.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan sehingga jam 5 petang ini.

Manakala Johor dan Sarawak sehingga jam 4 petang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Temerloh).

“Termasuk Selangor ; WP Kuala Lumpur ; WP Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) sehingga 5 petang; Ahad, 17 April 2022.

“Manakala Johor (Kota Tinggi) dan Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga 4 petang; Ahad, 17 April 2022; Selasa, 22 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here