Hadiah bersangka baik terhadap Bersatu adalah pengkhianatan – Rafizi

0
1

CALON Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui Pakatan Harapan (PH) terpaksa menelan kepahitan kerana terlalu bersangka baik terhadap parti Bersatu. 

Mengimbas kembali ketika PH mahu membentuk kerjasama dengan Bersatu pada tahun 2016, Rafizi menjelaskan, 

PH telah diingatkan supaya bergabung dengan Bersatu jika tidak mahu mereka berpecah.

“Kita sebenarnya diberikan kata dua pada 2016, kalau tidak terima Bersatu dalam PH, maka besar kemungkinan PH akan berpecah,” katanya dipetik FMT sempena Jelajah Yakini Rakyat hari ini.

Jelasnya, PH pada dasarnya enggan menerima Bersatu, sebaliknya hanya mahukan parti itu mengadakan perjanjian dalam pilihan raya bagi mengelak mereka bertembung.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, PH bersetuju bergabung dengan parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu kerana desakan kuat Amanah dan DAP serta semangat untuk membentuk satu perubahan dalam negara. 

“Tetapi iyalah kita dah bersangka baik atas harapan bahawa negara ini perlu perubahan, maka kita telan. Kita dah cuba, hadiah yang kita dapat daripada sangka baik itu adalah pengkhianatan,” katanya.

Rafizi juga menegaskan, PH seharusnya kekal dengan prinsip yang dipegangnya dan perlu merencanakan taktik lebih berkesan selain yakin dengan kekuatan parti masing-masing.

“Tapi, inilah PH kadangkala ada cucuk jarum tak kena tempat, ada timbul isu lain sebab itu bagi saya PH perlu bersatu dah menerima kekuatan masing-masing, kita bawa kekuatan itu sehingga sampai ke Putrajaya.

“Taktik itu kita kena tukar, jangan kita kacau soal prinsip, kalau itu semua pandangan baik dalam DAP, Amanah, PKR baru senang kita buat kerja,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here