Debat Anwar-Najib diputuskan 12 Mei ini

0
2

TARIKH debat perdana antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diadakan pada 12 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR ,Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil dalam sidang media bersama di Kuala Lumpur, hari ini.

Program debat itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).

Orang ramai boleh menyaksikan debat secara langsung melalui saluran media yang akan diumum kelak atau secara fizikal di UM atas jemputan.

“Debat perdana ini merangkumi tiga bahagian. Pertama, berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas Sapura Energy Berhad sama ada perlu diselamatkan atau tidak.

BACA LAGI: Debat dengan Anwar: Saya langsung tak takut – Najib

“Kedua, berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik dan urus tadbir manakala ketiga, sesi soal jawab,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Najib berdebat berhubung isu Sapura Synergy.

Cabaran dibuat selepas Najib menggesa kerajaan menyelamatkan syarikat itu yang mencatatkan kerugian lebih RM8 bilion selain isu gaji lumayan ketua pegawai eksekutifnya.

Najib kemudian menyahut cabaran debat Rafizi tetapi perlu mahu ia disertai Anwar.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pasukan Anwar dan Rafizi juga boleh mengaturkan bersama pihak media yang berhasrat mahu mengadakan siaran langsung mengenai program terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here