Kes Bella: ‘Kedudukan’ selamatkan Siti Bainun, Syed Azmi? – soal Chegu Bard

0
1
chegu bard

KEDUDUKAN Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dan juga aktivis kebajikan, Syed Azmi Alhabshi didakwa menjadi ‘penyelamat’ mereka dari kes penganiayaan dan pengabaian seorang remaja simdrom down berusia 13 tahun, bernama Bella.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin, berkata seksaan dan kesakitan yang ditanggung Bella amat perit, namun dilihat situasi terkini, tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas mereka.

Sebaliknya, beliau berkata, Siti Bainun terus dilihat angkuh ‘dibenteng’ dengan 10 peguam manakala Syed Azmi masih memegang jawatan sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Katanya, sejak beberapa hari beliau mengikuti butiran perbicaraan Siti Bainun yang mendera Bella sangat meruntun jiwa.

“Tidak terbayang ada manusia yang sangat tidak berhati perut seperti si syaitan Bainun itu. Cuma pelik cerita ini terbongkar lama sehingga dibicarakan dimahkamah. Dari awal kuasa media sosial menjadi sandaran kerana tidak tahu kenapa media perdana seolah sunyi.

“Maka timbul persoalan adakah kerana kedudukan si Bainun ini dalam politik membantu dia. Jauh sekali memakai baju lokap polis malah dia terus angkuh bangga dengan dibantu 10 Peguam melawan adik Bella seorang.

“Namun meneliti fakta kes muncul satu nama, Syed Azmi Alhabshi yang merupakan kini Penasihat Mahkamah Kanak Kanak Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja dalam carian menemukan dia ahli pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara,” katanya menerusi Facebook.

Badrul Hisham berkata, baginya Syed Azmi tidak layak berada dalam jawatan penting tersebut.

“Ia kerana selaku Timbalan Pengerusi rumah perlindungan tempat Bella di dera dia direkodkan membela Bainun dengan satu peringkat konon tak kenal Bella dan menafikan Bella duduk di rumah perlindungan kendalian Bainun si penerima anugerah khas puteri Umno itu.

“Bukan itu sahaja lepas terdedah fakta kes Bella, dia selaku Timbalan cuba menipu umum dengan mengatakan dia hanya penasihat sahaja kepada NGO yang kendali rumah tempat Bella diseksa,” katanya.

Tambahnya, rumah perlindungan kanak kanak kendalian Siti Bainun dan Syed Azmi ini juga didakwa tidak diaudit serta tidak berdaftar.

“Jadi, persoalannya berapa banyak duit dikumpul melalui kedudukan Syed Azmi dan Siti Bainun melalui kedudukan dan jaringan politik mereka. Semua wajib didedahkan dan disiasat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dana Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun untuk melucutkan jawatan dipegang Syed Azmi ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here