Najib dakwa terus di ‘pijak’ walaupun di bulan Ramadan

0
1

WALAUPUN berada di bulan Ramadan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa dirinya terus menjadi mangsa fitnah dan serangan hanya kerana politik.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, serangan dihadapinya secara bertubi-tubi dengan pelbagai bahan tanpa diketahui kesahihan tuduhan berkenaan.

“Walaupun kita di bulan Ramadan. Fitnah dan serangan terhadap saya tidak berhenti. Bertubi-tubi.

“Hanya kerana saya Najib Razak.
Hanya kerana politik. Macam-macam bahan digunakan pijak saya.

“Betul atau tidak, benar atau tidak, apakah yang jadi disebaliknya, kesemuanya tak penting,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, asalkan Najib dan boleh dihentam, beliau terus dihentam dan terus di tularkan

“Saya bukan sehari dua solat, bukan baru sahaja belajar ibadah.
Saya orang Islam.

“Saya berpegang kepada Rukun Islam dan lengkap mengamalkannya ke hari ini,” katanya.

Beliau mendoakan semoga Allah SWT melindungi semua dari segala fitnah dan keburukan serta memberikan petunjuk hidayah dan taufiq-Nya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here