KEPUTUSAN mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam, wajib diterima oleh keluarga besar parti itu atas semangat pengukuhan dan kekuatan parti dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli MKT Umno, Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkara, ini bukan lagi masanya untuk ahli Umno berbalah , berpecah, mempertikaikan antara satu sama lain, menebuk kapal daripada dalam, dan mencipta persepsi negatif di kalangan ahli.
“Yang pasti parti harus mengenali musuh iaitu Pakatan Harapan mahu pun Perikatan Nasional. Bulan sesama kita dalam keluarga Umno dan Barisan Nasional.
“Tetapi ini masanya kita bergerak sebagai satu pasukan dan terus mendekati rakyat terutama pengundi muda kali pertama sebelum hadapi ujian peperangan utama kita PRU15,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mesyuarat MKT Umno semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan sebulat suara untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi PRU15 akan datang. – Malaysiapost

