Fahmi Reza buat hal lagi, kali ini lukis gambar beruk pakai tengkolok

0
1
IPOH, 30 Jan -- Pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, yang didakwa atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya dua tahun lepas. Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran hari ini menangguhkan keputusan kes terhadapnya pada 7 Feb ini selepas dimaklumkan Hakim Norashima Khalid yang mendengar kes itu sedang cuti sakit. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

AKTIVIS dan pereka grafik, Fahmi Reza yang beberapa kali dipanggil polis kerana menghina beberapa tokoh berpengaruh melalui lukisan, kini sekali lagi mencetus kontroversi.

Melalui akaun Twitter miiknya, dia berkongsi lukisan menunjukkan potret seekor beruk memakai tengkolok serta darjah kebesaran, seperti pakaian bangsawan atau sultan.

Dia memuat naik gambar tersebut malam tadi tanpa sebarang keterangan atau kapsyen.

Dalam ciapan berasingan, Fahmi berkongsi satu poster tertera ayat berikut:

“Kalau kita bole terima dan tak sekat karya satira yang memberukkan orang lain, kita juga harus terima dan tak sekat karya satira orang lain yang memberukkan kita.”

Kedua-dua ciapan itu tidak dinyatakan kepada siapa ia ditujukan, namun dipercayai ada kaitan dengan lukisan ‘Parlimen beruk’ yang tular baru-baru ini.

Menjengah di ruangan komen pada ciapan tersebut, rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan berkenaan dan mengingatkan agar dia bersedia dipanggil polis.

Ada juga netizen mengingatkan Fahmi agar bersedia menikmati lemang dan ketupat dalam lokap.

Pada Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghina PAS di Facebook.

Fahmi didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memuat naik hantaran jelik mengaitkan parti itu dengan gambar minuman bir pada 1 Jun 2021 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Sebelum itu dia beberapa kali dipanggil polis kerana memuat naik lukisan yang menghina tokoh berpengaruh. – Malaysiapost

.

Foto Kredit: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here