Di sebalik kontroversi, aplikasi MySejahtera perlu digunakan ketika fasa endemik – MPN

0
1
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=473180894166104&set=pb.100044225926298.-2207520000..&type=3

Aiman Hanif

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) berpandangan aplikasi MySejahtera perlu terus digunakan meskipun negara memasuki fasa endemik Covid-19.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras dengan pendapat Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa data MySejahtera diperlukan bagi pengawalan Covid-19.

“Sehingga kini MySejahtera masih digunakan, dan dalam pertemuan Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, sehingga sekarang KKM berpendapat masih perlu (menggunakan MySejahtera).

“Kerana banyak data yang boleh digunakan bagi pengawalamn Covid-19, kita serahkan kepada KKM untuk pertimbangkan,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menetapkan penggunaan aplikasi itu meskipun negara memasuki fasa endemik.

MySejahtera mencetuskan kontroversi selepas aplikasi itu diserahkan kepada syarikat luar bagi tujuan operasinya selepas ini.

Ia menimbulkan persoalan mengenai keselamatan data orang awam apabila syarikat milik warga asing mengawal aplikasi itu.

Dalam pada itu, MPN memaklumkan situasi Covid-19 di negara ini dalam proses memulih berdasarkan indikator ditetapkan KKM.

Selain itu katanya, MPN meminta kerajaan supaya memudahkan urusan pengambilan pekerja asing selepas sektor ekonomi dibuka sepenuhnya.

Katanya, sektor pembuatan dan perladangan berdepan kerugian teruk akibat kekurangan tenaga kerja asing.

“Ekonomi negara kita perlu dibuka sepenuhnya tapi cabaran besar tak punyai pekerja yang mencukupi.

“Sektor perladangan waktu Covid-19 tidak ada pekerja asing masuk untuk turunkan kelapa sawit, mereka rugi RM10 bilion,” katanya lagi.- Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here