Coolblog komited tingkat sistem jaminan halal

0
1
https://scontent.fkul5-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/275071577_4963559323691818_3067053579887523482_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=a26aad&_nc_eui2=AeEdbeSuzkVOY7c8Xm9TINeIPSQUkf5w94g9JBSR_nD3iFU7w-HSpOqELRC0z6tx4L74DQiKKKb4vgDyk-Zt7gFc&_nc_ohc=oExbrkCZ2XcAX8th9cR&_nc_zt=23&_nc_ht=scontent.fkul5-1.fna&oh=00_AT-wZOjqJmJgoRGWaQXAbIGqXQhnnl0UY36LQ-MufbgH7w&oe=625CB6A2

SYARIKAT rangkaian kedai minuman terkenal, Coolblog Apps Sdn Bhd dengan kerjasama Auditask (M) Sdn Bhd menganjurkan bengkel Pembangunan Sistem Pemastian Halal dan Pelaksanaan (HAS) selama tiga hari bertempat di Coolblog Training Center, Puncak Jalil.

Bengkel berlangsung dari 3 hingga 9 April lalu itu dihadiri 30 peserta dari kalangan penyelia Coolblog dari seluruh Malaysia membuktikan bahawa halal itu bukan sahaja satu sistem malah ia perlu diamalkan secara kendiri sebagai asas beragama Islam.

Menurut penceramah Samsudin Paimi, juga tenaga pengajar yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bahawa Sistem Pensijilan Halal hanya satu pengesahan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepercayaan pengguna.

Katanya lagi, bagaimanapun pelaksanaan adalah lebih terjamin dari pekerja yang mempunyai kesedaran dan memahami keseluruhan konsep halal lagi baik (halalan toyyiban).

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Produk dan Halal, Sharifah Annur berkata komitmen dan pelaksanaan Sistem Jaminan Halal perlu melibatkan semua penyelia serta kakitangan di setiap cawangan yang beragama islam dan ianya bukan hanya terletak pada Eksekutif Halal yang dilantik.

Coolblog merupakan rangkaian kedai minuman yang disukai sejak penubuhannya lebih 10 tahun menampilkan pelbagai resepi minuman gabungan (fusion) kini mempunyai lebih dari 250 cawangan.

Produk ini juga menawarkan peluang franchise amat komited menawarkan kepada pelanggan produk yang berkualiti halal dan bersih lagi baik. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Coolblog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here