PEMINAT sukan permotoran dikejutkan dengan satu promosi menerusi platform e-dagang yang menjual kerusi plastik pada harga RM2,888 kerana dipercayai telah digunakan Lewis Hamilton baru baru ini.
Ia selepas kehadiran juara dunia tujuh kali Formula Satu itu di sebuah stesen minyak di ibu kota menjadi tular.
“Kerusi bekas tempat duduk pelumba dunia F1 Lewis Hamilton (rare items),”tulis di ruangan kapsyen iklan.
Tangkap layar promosi tersebut tular di media sosial dan rata-rata netizen memberi reaksi lucu terhadap tawaran itu.
“Kerusi itu kalau Petronas buka bid mesti ada orang nak boleh cecah ratus ribu tapi kena letak caption menarik macam bekas punggung Lewis Hamilton,” kata Joe San.
“Mantap harga ni. Tak lama lagi harga Kelantan la. Demo tak kenal bare,” kata Mohd Zaki Abd Samah.
“Patut suruh dia sign kat kerusi itu. I was here. – Lewis Hamilton. Lagi harga boleh pergi,” kata Siti Faridah Shuib. – Malaysiapost

