Polis sahkan terima laporan anggota ambil rasuah

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS mengesahkan menerima laporan berhubung anggotanya didakwa mengambil rasuah daripada seorang lelaki di Jalan Bagan Ajam, Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku berhampiran sebuah bank di Jalan Bagan Ajam, Butterworth.

“Justeru, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan semalam pada jam 11.30 pagi
daripada seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu Mohd Radzi berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Tambahnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggotanya sekiranya terlibat dengan salah laku rasuah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here