10,177 kes baharu Covid-19

0
1

KES baharu harian Covid-19 merekodkan sebanyak 10,177 kes semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 4,317,706 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 10,124 kes tempatan dan 53 kes import.

“Sebanyak 5,767 kes iaitu 56.67 peratus dalam kategori 1, dan 4,347 kes atau 42.71 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 31 kes iaitu 0.3 peratus, kategori 4 sebanyak 14 kes dengan 0.14 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 18 kes atau 0.18 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 63 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 20 kes iaitu 31.75 peratus tidak atau belum divaksinasi, 22 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 21 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 38 kes berumur 60 tahun ke atas, 35 kes mempunyai komorbid, dua kes melibatkan ibu hamil,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan dua kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,949 kluster dengan 6,820 kluster telah tamat dan 129 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 15,132 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,128,963 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here