
KES baharu harian Covid-19 di Malaysia merekodkan sebanyak 14,944 kes semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 4,309,529 kes sejak virus maut itu melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 14,944 kes tempatan dan 104 kes import.
“Sebanyak 9,341 kes iaitu 62.51 peratus dalam kategori 1, dan 5,537 kes atau 37.05 peratus adalah kategori 2.
“Kategori 3 mencatatkan 31 kes iaitu 0.2 peratus, kategori 4 sebanyak 16 kes dengan 0.11 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 19 kes atau 0.13 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, daripada 64 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 11 kes iaitu 16.67 peratus tidak atau belum divaksinasi, 35 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 20 kes sudah menerima dos penggalak.
“Manakala, 33 kes berumur 60 tahun ke atas, 32 kes mempunyai komorbid,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan dua kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,947 kluster dengan 6,812 kluster telah tamat dan 135 kluster masih aktif.
“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 14,045 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,113,831 kes,” katanya. – Malaysiapost
