
SEJUMLAH 77,834 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data portal web COVIDNOW, seramai 1,358,791 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.3 peratus daripada populasi itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,857,568 individu atau 91.8 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,958,121 atau 95 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Manakala, sejumlah 15,908,442 individu dewasa atau 67.6 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak, 22,956,433 atau 97.6 peratus pula selesai menerima dua dos manakala 23,233,304 atau 98.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Dalam masa sama, sebanyak 34,904 dos vaksin diberikan semalam merangkumi 20,260 dos kedua, 8,289 dos penggalak dan 6,355 dos pertama.
Jumlah tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,138,021. – Malaysiapost
