PROSES penamaan calon bagi pemilihan PKR akan bermula 8 hingga 10 April ini di 222 cabang seluruh negara.
Sehubungan itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam parti.
“Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang mengambil bahagian dalam pemilihan di peringkat cabang,” katanya di Facebook, hari ini.
Pada masa sama, Saifuddin mengingatkan ahli PKR agar bertanding dalam semangat kekeluargaan parti.
Pada pemilihan kali ini, Saifuddin mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.
Beliau dijangka bakal diberi tentangan sengit oleh bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. – Malaysiapost

